Laporan Mari Mengenal Bentuk Asas Bersama Tadika Kemas Kubang Arang
19 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2015 bersamaan hari Khamis, Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi telah mengadakan aktiviti Mari Mengenal Bentuk Asas bersama kanak-kanak dari Tadika KEMAS Kubang Arang, Perlis. Aktiviti ini telah diadakan sealam satu jam iaitu bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Seramai 14 orang pelajar Tadika KEMAS Kubang Arang menyertai aktiviti ini iaitu 8 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Tujuan aktiviti Mari Mengenal Bentuk Asas ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak Tadika KEMAS mengenai bentuk-bentuk asas yang ada seperti segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan segi tiga sama. Video bentuk-bentuk asas juga turut ditunjuk kepada mereka kerana dapat menambahkan lagi minat mereka untuk belajar dan mengingati dengan mudah. Selain dari mengajar mereka bentuk-bentuk asas, mereka juga diberi latihan dan kuiz. Kuiz 'Siapa Saya' diadakan bertujuan untuk menguatkan kembali daya ingatan kanak-kanak Tadika KEMAS Kubang Arang setelah mereka mempelajari bentuk-bentuk asas. Dengan itu, kanak-kanak dapat mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: